|
Nama Botani |
Tacca Cristata |
|
Nama Lain |
Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut
Baung, Kelemoyang Air, Sebiak |
|
Famili |
Taccaceae |
|
Pengenalan |
Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba
yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m.
Daun atau pelepahnya agak besar, panjang,
berbentuk bujur telur ('ovate') dan bewarna
hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut).
Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan
terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak
dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60
cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan
lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Tumbuhan ini agak popular
dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah
Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini
digunakan secara tradisi untuk merawat
penyakit darah tinggi, buasir dan juga
sebagai air mandian bagi perawatan wanita
selepas bersalin iaitu untuk membuang angin
dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi
dan akarnya yang dicampur dengan pokok
selayar hitam (Goniothalamus malayanus)
dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah
pinggang. Pelepah daunya pula boleh
digunakan untuk merawat gatal-gatal pada
kulit akibat terkena ulat bulu. |
|