|
Nama Botani |
Blumae Balsmifera
(L) DC |
|
Nama Lain |
Capa, Cepa, Sembong, Telinga Kerbau |
|
Famili |
Asteraceae |
|
Pengenalan |
Pokok
jenis renek ini boleh mencapai ketinggian
sehingga 3-4 m. Pokok capa boleh dicamkan
melalui baunya yang seperti kapur barus.
Daunnya besar, berbentuk bujur panjang (berukuran
antara 7 - 13 cm x 2.5 - 5 cm), tebal,
ringkas, tersusun secara berselang, tepi
daunnya bergerigi ('serrate dentate'),
pangkal daun berkeadaan sempit, hujungnya
tajam dan mempunyaia bulu halus dibahagian
bawah daun. Tangkai daunnya panjang (2.5
cm). Jambak bunganya terbit dicelah tangkai
daun. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna
kuning. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Daun capa
digunakan secara meluas sebagai salah satu
bahan untuk air mandian wanita selepas
bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau
badan. Daunnya juga dijadikan campuran
minyak urut untuk wanita selepas bersalin
untuk disapu di kening dan perut. Daun capa
biasanya dimakan bersama pinang untuk
merawat masalah pencernaan, gastrik atau
dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok
muda digunakan untuk merawat luka dalaman
manakala akar dan daun yang ditumbuk pula
digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang,
sendi dan otot. Di Filipina pula, daun
sembung digunakan untuk melawaskan kencing
dan untuk merawat batu karang. Pohon sembung
juga menghasilkan minyak kayu kapor yang
boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi. |
|