|
Nama Botani |
Kaemferia galanga L |
|
Nama Lain |
Kencur (Indonesia), Pro hom (Thai), Lesser
galanga, fingerroot (Inggeris) |
|
Famili |
Zingiberaceae |
|
Pengenalan |
Cekur berasal dari Asia Tropika.
Penyebarannya meliputi kawasan di Asia
Tenggara seperti Malaysia, Indonesia,
Thailand dan Vietnam serta India dan China.
Di negara kita, kebanyakan kawasan ditanam
di sekitar rumah yang berkeadaan lembab
dengan sedikit teduhan. Tumbuhan ini
mempunyai daun-daun yang lebar dan tumbuh
mendatar di atas permukaan tanah. Saiz daun
boleh mencapai sehingga 10 cm lebar dan 15
cm panjang. Pelepah daun pendek dan
berukuran 2–3 cm sahaja. Cekur berbunga di
tengah-tengah rumpun. Bunganya berwarna
putih dan berbintik ungu. Daun dan rizomnya
mempunyai bau yang unik dan sangat beraroma.
Rizomnya berbentuk seperti susunan jari. Di
hujung akarnya pula, terdapat butir-butir
ubi berwarna putih kemerahan yang juga
berbentuk seperti jari.
|
|
Khasiat dan Kegunaan |
Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas
bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk
jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit
sendi serta melancarkan haid. Ia juga
digunakan untuk melegakan batuk,
mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk
merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan
sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya
juga digunakan sebagai ramuan masakan.
|
|