|
Khasiat dan Kegunaan |
Secara tradisi digunakan
sebagai teh herba untuk kesihatan. Daunnya
dikatakan mempunyai keupayaan untuk merawat
demam, antibakteria dan melancarkan
peredaran haid. Ia juga digunakan bagi
merawat selsema, sakit kepala, demam campak,
uluran dan juandis dengan cara mengasapkan
pesakit melalui pembakaran daun kering atau
menghidu wap air rebusan daun segar. Minyak
patinya yang diperoleh melalui
ekstrasi daun, digunakan
untuk mengurut bagi menghilangkan sakit urat
atau sakit-sakit badan. |