|
DUKUNG ANAK
|
Nama Botani |
Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria
dan P. debelis |
|
Nama Lain |
Buah amin, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca
piedra (India), Meniran (Indonesia), Quebra
pedra (Amerika Selatan), Zhen chu cao, ye
xia zhu (China), Stone breaker, Shatter
stone (Inggeris)
|
|
Famili |
Euphorbiaceae |
|
Pengenalan |
Tumbuhan ubatan ini sangat popular di India
dan banyak digunakan dalam perubatan
Ayuvedic. Dukung anak ialah sejenis herba
renek berbatang lembut. Batang berwarna
hijau atau merah bergantung kepada spesies.
Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau
(atau merah), bersaiz kecil tersusun di
sepanjang tangkai daun. Buah terbentuk di
bawah setiap pelepah daun.
Tumbuhan herba ini biasa terdapat di kawasan
tanah terbiar di tepi-tepi jalan atau kebun
serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu
bunga. Ia dianggap sebagai rumpai kerana
agak susah untuk dikawal. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Dukung anak banyak digunakan untuk merawat
penyakit berkaitan buah pinggang dan hati
seperti jaundis dan hepatitis B. Ia juga
digunakan untuk rawatan masalah batu karang,
malaria, asma, kencing manis, darah tinggi,
gigitan serangga berbisa dan cirit birit. |
|