|
Nama Botani |
Andrographis paniculata |
|
Nama Lain |
Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita
(Malaysia), king of bitter, creat, green
chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta
(Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan
he lian (China), Sambiloto (Indonesia) |
|
Famili |
Acanthaceae |
|
Pengenalan |
Hempedu bumi banyak dijumpai di China,
India, Thailand dan gugusan kepulauan
Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh
tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm.
Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas
dan hijau muda di bawah permukaannya.
Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk
empat segi dan berbuku. Setiap buku
mempunyai dua helai daun. Bunganya pula
kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya
bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar.
Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau
nmuda dan apabila matang menjadi coklat
muda. Lengainya pecah apabila matang dan
menyebarkan benih di sekitarnya. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk
darah tinggi, kencing manis, antiradang,
antibakteria, antivirus, melegakan demam dan
pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai
pelawas pembuangan air besar, menghapuskan
cacing dalam sistem pencernaan dan
mempercepatkan pembekuan darah. |
|