|
 |
|
KUNYIT
|
|
Nama Botani |
Curcuma domestica
(Val.)/Syn: Curcuma longa |
|
Nama Lain |
Kha min (Thailand), Manjal (India), Haldi
(Hindi), Kurkum (Arab), Turmeric ( tumeric),
Indian saffron, yellow ginger (Inggeris) |
|
Famili |
Zingiberaceae |
|
Pengenalan |
Kunyit merupakan tanaman rempah yang berasal
dari India. Tanaman ini kemudian
diperkenalkan ke negara Asia lain seperti
negara-negara Tenggara dan Selatan Asia.
Kunyit hidup subur di kawasan lapang dan
terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari.
Ketinggian tumbuhan ini melebihi satu meter.
Rizom kunyit berwarna kuning, sedikit
bersisik, berbentuk memanjang dan berjejari.
Daunnya licin, berwarna hijau, berbentuk
bujur dan meruncing di hujung serta
mempunyai tangkai yang panjang. Pokok
ini mengeluarkan bunga yang berwarna kuning
di celah-celah daun muda. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi
aroma dan warna kuning kepada masakan
seperti rendang, gulai dan sebagai pembalut
ikan atau daging yang di bakar. Dalam
perubatan, ia digunakan sebagai antioksidan,
antibakteria, antiradang dan antikanser.
Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka di
dalam badan, mengecutkan peranakan bagi
wanita yang baru bersalin, membersihkan dan
menghalang pembekuan darah, melancarkan
peredaran darah, membantu proses pencernaan
serta menghilangkan selesema. Ia juga
dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh
anggota dan kudis. |
Laman
Utama |
|