Sejenis tumbuhan herba yang tumbuh
secara berumpun yang agak besar. Daun
ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat,
berbentuk bujur. Saiz daun yang
matangberukuran antara 55-57 cm panjang
dan 15-17 cm lebar, Daunnya bersifat
menirus pada kedua-dua bahagian hujung
dan pangkalnya., Bahagian tepi daun
berkeadaan licin dan daun lemba mempuyai
banyak urat daun pada permukaannya.
Tangkainya panjang (30-32cm). Bunga
tumbuhan ini terbit daripada dasar atau
pangkal pokok.Setiap bunga mempunyai 6
kelopak dan bewarna kuning terang. Buah
yang telah matang berbentuk beri,
berwarna putih dan berasa manis bila
dimakan.