|
Nama Botani |
Citrus hystrix
DC. |
|
Nama Lain |
Limau purut (Melayu), Jerut Purut
(Indonesia), Bai makrut (Thailand), Keiffer
lime; Kafir lime (Inggeris) |
|
Famili |
Rutaceae |
|
Pengenalan |
Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah
ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Habitatnya ialah di kawasan subur yang
bersaliran baik dan banyak ditanam disekitar
rumah sahaja. Kulit buah limau purut adalah
berkedut, tebal, dan isinya tidak berapa
berair. Tumbesaran pokok adalah perlahan
berbanding dengan spesies limau lain.
Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m.
Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua
helai daun yang dicantumkan hujung ke
hujung. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Daun limau purut banyak digunakan dalam
masakan seperti tom yam kerana bau dan
rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai
ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi
wap. Selain berkesan sebagai penggalak
antitumor atau pencegah kanser, limau purut
juga boleh digunakan untuk mencuci rambut
dan mulut serta boleh membunuh pacat.
Ekstrak minyak patinya boleh digunakan
sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan
produk penjagaan diri. Limau purut juga
berupaya merawat luka, lebam dan gigitan
serangga berbisa serta merangsang perjalanan
darah. |
|