
MENGKUDU
|
Nama Botani |
Morinda citrifolia
Linn. |
|
Nama lain |
Noni, Indian mulberry,
Painkiller (Inggeris), Pace, Cangkudu (Indonesia), Yo
ban (Thai), Nhau (Vietnameses) |
|
Famili |
Rubiaceae |
|
Pengenalan |
Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia,
Australia dan kepulauan Pasifik. Ia telah hidup secara
liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang
mendapat perhatian semasa itu. Kebanyakannya terdapat
dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan
dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang
lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah
berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih
kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau
yang kurang menyenangkan. Ketinggian pokok boleh
mencapai lebih kurang 10 m. Dua spesies tanaman mengkudu
yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda
citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan
Morinda elliptica (mengkudu kecil atau
mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi
saiz dan bentuk buah. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan
sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama
di kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan
minat masyarakat umum terhadap tanaman ‘ajaib’ ini
bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik
tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli
biokimia dari Universiti Hawaii. Satu bancian yang
dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22
jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan
pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing
manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan,
pernafasan, penghadaman dan buah pinggang. Mengkudu juga
boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti
makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan
tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik,
penjagaan/kesihatan diri dan biopesticid. |
Laman
Utama |
|
|