|
Nama Botani |
Orthosiphon stamineus
Benth (O. aristatus Blume) |
|
Nama Lain |
Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea
(Inggeris) |
|
Famili |
Lamiaceae |
|
Pengenalan |
Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika
yang berasal dari negara Asia Tenggara
seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta
kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia
dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan
dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan
tanah rendah atau tinggi. Pokok ini
mempunyai bunga yang cantik dan sering di
tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya
berwarna putih atau ungu dengan filamen yang
panjang menyerupai misai kucing. Batangnya
pula berbentuk empat segi berbulu pendek,
berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan
bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun
dalam pasangan yang bertentangan, licin,
berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung
dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai
daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm
panjang dan berwarna ungu-kemerahan.
Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Daun misai kucing digunakan bersama hempedu
bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil,
rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit
pinggang, radang ginjal, masuk angin,
kencing manis dan demam. |
|