|
Pengenalan |
Pandan wangi yang juga dikenali sebagai pandan bau atau
pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka.
Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah
sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi
adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman
yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah
tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun
sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara
kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun
dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat
terhad.Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun
yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang.
Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga. Terdapat
dua jenis pandan wangi iaitu Pandan wangi besar dan
Pandan wangi kecil. Kebanyakan tanaman pandan wangi di
negara ini adalah dari jenis Pandan wangi kecil.
Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75–1.50 m.
Ukuran panjang daun antara 55–75 cm dan lebar di
bahagian tengah antara 4–5 cm. Manakala ketinggian
Pandan wangi besar pula adalah 3.7–4.3 m, panjang daun
lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 cm. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam
penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan
masyarakat Melayu di negara ini. Ia di gunakan sebagai
pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini
ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat
pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai
pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat
juga produk seperti minuman kacang soya dan santan
kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi
juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi
kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat
penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi
mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia
|