|
PATAWALI
|
Nama Botani |
Tinosprora Tuberculata |
|
Nama Lain |
Patawali, Putawali, Akar Seruntum
|
|
Famili |
Menispermaceae |
|
Pengenalan |
Pokok jenis
memanjat yang berkayu lembut. Batang
poko berkeadaan
berbintil-bintil, berkulit nipis dan
mudah dipisahkan. Ukuran
garispusat batang ialah antara
1.0-1.5 cm, mengeluarkan getah putih dan
berlendir, dan
rasanya pahit.
Daun bersifat ringkas, nipis,
lembut, berbentuk hati dan tersusun
secara berselang. Ukurannya ialah lebih
kurang 9-10 cm panjang dan 7-8 cm lebar.
Permukaan di bahagian atas dan bawah
daun adalah licin. Bahagian hujung daun
berkeadaan runcing.
Peruratan palmat dengan 7 urat utama
yang nampak jelas pada permukaan bawah
daun. Tangkai daun berukuran 4-5
cm panjang.
|
|
Khasiat dan Kegunaan |
Air seduhan batang patawali diminum bagi
membunuh cacing dalam perut sementara air
seduhan keseluruhan tumbuhan digunakan bagi
merawat cholera, juandis, darah tinggi,
sakit perut dan kencing manis.
Penggunaan luarannya pula
adalah bagi merawat kudis buta dan luka.
Adalah dipercayai bahawa dengan meminum air
rebusan patawali secara berterusan akan
dapat mengelak daripada gigitan nyamuk dan
menghalang jangkitan
penyakit malaria. |
|