|

PEGAGA
|
Nama Botani |
Centella asiatica
(L) Urban |
|
Nama lain |
Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan
(Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui
(Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India) |
|
Famili |
Umbelliferae |
|
Pengenalan |
Pegaga (Centella asiatica (L) Urban) berasal dari
kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri
Lanka dan Madagascar. Kemudian ia tersebar ke kawasan
Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain seperti Malaysia,
Pakistan, China, Jepun, Afrika Timur, West Indies,
Amerika Selatan dan Australia. Ia didapati tumbuh meliar
di kawasan lembap yang berdekatan dengan air (di
persisiran sungai dan tali air). Kebanyakan spesies
boleh tumbuh di kawasan terbuka manakala terdapat juga
spesies yang memerlukan keadaan lindungan yang
sederhana. Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan
mengeluarkan akar pada setiap ruas daun. Daunnya
berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun
bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis. Lebar daun
antara 3–5 cm dan panjang tangkai daun boleh mencapai 15
cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman.
Bunganya dalam jambak 3–4 kuntum dengan kelopak berwarna
putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih
berukuran di sekitar 3 mm dan kelihatan seperti biji
cili. Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella asiatica,
Merremia emarginata dan Hydrocotyle spp.
Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati
berbagai-bagai jenis penyakit. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid
glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid
madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan
quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole
dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol,
sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline,
myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik
dan asid betulik. Di
Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum
utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum
Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum
Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala
bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan
minda. |
Laman
Utama |
|
|