|

ROSEL
|
|
Nama Botani |
Hibiscus sabdariffa
L |
|
Nama Lain |
Asam paya, asam susur, asam kundang, roselle
(Inggeris), sorrel |
|
Famili |
Malvaceae |
|
Pengenalan |
Rosel banyak terdapat di kawasan yang
beriklim tropika dan subtropika seperti di
Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia.
Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman
rosel di seluruh dunia. Pokok ini boleh
mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan
dahannya yang tumbuh menegak di peringkat
awal dan melentur rebah apabila banyak buah.
Batang, dahan serta tangkainya berwarna
merah. Daunnya pula berwarna hijau dan
berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping
yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar
di setiap sendi daun, berwarna kuning muda
dan merah jambu manakala lengainya berwarna
merah gelap dan berbentuk bujur.
|
|
Khasiat dan Kegunaan |
Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna
merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat
mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh
ubatan, herba ini dapat membantu
mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan
tekanan darah tinggi di samping memberi
kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses
menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga
pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel
boleh dijadikan bahan kosmetik sementara
kulitnya pula boleh dibuat tali. |
Laman
Utama |
|
|