
SELASIH
|
Nama Botani |
Ocimum basilicum
Linn. |
|
Nama lain |
Sweet Basil, French Basil
(Inggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan
(Arabic),Bai horapa (Thai) |
|
Famili |
Lamiaceae |
|
Pengenalan |
Selasih merupakan satu darpadai spesies
tumbahan yang secara umumnya di kenali sebagai basil.
Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimun ini
dan spesies
basilicum merupakan yang terpenting. Ia telah lama
diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan
minyak pati. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika
dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah
serta Selatan. Kini tersebar luas di kawasan panas di
kedua-dua hemispera dari aras laut hingga lebih kurang
1,800 m tinggi. Walau pun tanaman selasih telah
berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia
masih ditanam dikawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan
sendiri.Selasih ialah sejenis tanaman semusim yang
tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30–90 cm.
Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau
perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan
berbentuk bujur telur (‘ovate’). Di negara ini pada
kebiasaannya pembungaan bagi tanaman dari biji benih
bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke
ladang. Bunganya terdapat dibahagian hujung batang dan
dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh
mengeluarkan bauan yang sangat beraroma. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan. Di
Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan
dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Di Amerika pula
disebabkan kecantikan dan bau yang menarik
beberapa baka terpilih telah jadikan sebagai tanaman
landskap dan tanaman hiasan. Di samping itu ia dianggap
sebagai salah satu herba kulinari yang terkenal dan juga
dijual sebagai bunga segar dan produk kering. Minyak
pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan
bunga digunakan dalam industri minyak wangi,
farmasiutikal, aromaterapi dan makanan dengan manfaatkan
bauan dan perisa yang asli. |
|