|

SENNA MEKAH
|
|
Nama Botani |
Cassia angustifolia
Vahl |
|
Nama Lain |
Mecca senna, Tinnevelly senna (Inggeris),
Nilavarai, Nelavakai (India), Makham khaek
(Thai), Fan xia ye (China) |
|
Famili |
Leguminosae |
|
Pengenalan |
Senna mekah adalah sejenis tanaman semusim
yang renek berasal dari negeri Yemen di
selatan Arab. Kini ia ditanam secara
komersial di India, Pakistan dan China. Ia
sesuai ditanam di tanah lom berpasir dan
aluvium berlom. Tanaman ini mempunyai batang
berkayu lurus, bercabang dan berwarna hijau
pucat. Ketinggiannya boleh mencapai 60- 100
cm. Daunnya berpasangan dan setiap tangkai
mempunyai beberapa pasang daun. Kudup sena
mekah akan keluar setelah 40 hari penanaman
dan berkembang sepenuhnya selepas 65 hari.
Bunganya berwarna kuning serta buahnya
berbentuk pipih dan lembut. Buahnya ini
berwarna perang kehijauan ketika muda dan
perang gelap setelah matang. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Herba ini berupaya merawat pelbagai penyakit
seperti penyakit kulit, sembelit, cacing,
anemia, deman panas, taun, bronkitis, batuk,
gout, reumatisme dan penyakit kuning, Kini
ia dipercayai dapat merawat jerawat dan
kurap serta menghilangkan sembelit. |
Laman
Utama |
|
|