|
SERAI MAKAN
|
Nama
Botani |
Cymbopogen citratus
(DC.) Stapf. |
|
Nama
lain |
Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand)Lemongrass
(Inggeris) |
|
Famili |
Graminae |
|
Pengenalan |
Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus)
dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar
luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia,
Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia
khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman
dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai
perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman
rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang
lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang
tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih
keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai,
panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna
hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan
jarang didapati berbunga di Malaysia. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan
sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti
masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi
dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat
menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera.
Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk
pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan
berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau
atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa
sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu
sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati
serai makan adalah antara 65% hingga 85%.
Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah
peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal,
citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.
Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun,
bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau
bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan
untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan
ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).
|
|