Herba
jenis
renek
ini
tumbuh berumpun
dan ketinggiannya
boleh mencapai 1 m.
Daunnya
panjang
(eliptik atau lanseolat),
agak keras, berpelepah
dan
hujungnya
tajam
(akut).
Bunga
terbit dihujung tangkai yang panjang
melebihi helaian daun (30 -60 cm). Bunga
biseksual, berwarna ungu kebiruan dan
kadangkala putih atau kekuningan. Buah
bentuk beri, bergarispusat 9-15 mm,
berwarna biru keungguan dan lebih
berkilau setelah matang. Setiap buah
mempuyai 3-4 biji. Biji berbentuk ovoid,
berukuran 5 mm panjang, lembut, hitam
tetapi berkilau.