|
Pengenalan |
Tea tree dipercayai berasal dari benua
Australia. Tanaman bersifat saka ini boleh
hidup subur di kawasan beriklim tropika. Ia
merupakan tanaman jenis berkayu dengan
ketinggian 4-7 m. Kulitnya menyerupai kertas
dan boleh disiat dalam bentuk kepingan.
Daunnya kecil tersusun berlingkar di
sepanjang ranting. Di akhir ranting dahan
terdapat kuntum bunga yang berwarna putih.
Setiap lengainya mempunyai tiga ruang,
bersaiz lebih kurang 3 mm panjang.Ianya
boleh menghasilkan antara 100 hingga 150
biji behih yang kecil dan keras berwarna
coklat. Minyak pati tea tree di hasilkan
dengan cara menyuling daun segar selepas
sahaja dituai. |