|
TONGKAT ALI
|
Nama Botani |
Eurycoma longifolia Jack |
|
Nama lain |
Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara
merah, hempedu pahit, payung Ali, tongkat baginda,
muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat
rasul, setunjang bumi dan pasak bumi. |
|
Famili |
|
|
Pengenalan |
Tongkat ali adalah dari keluarga Simaroubaceae didapati
tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Di
Malaysia tongkat ali digunakan secara meluas dalam
penyediaan ubatan tradisional dan dijual dalam bentuk
kapsul, tablet serta tonik. Lebih kurang 30 produk
ubatan tradisional di negara ini mengandungi tongkat ali
sama ada secara tulen atau campuran dengan herba yang
lain. Persediaan produk daripada tongkat ali meliputi
30% daripada nilai perdagangan herba tempatan yang
bernilai RM30–40 juta. Tongkat Ali merupakan tanaman
jenis saka yang tumbuh menegak tanpa cabang. Dalam
keadaan semula jadinya di hutan, ia tumbuh dengan kadar
yang perlahan, boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m
dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya
berbentuk bujur (2–3 cm lebar, 8–10 cm panjang) tersusun
secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100
cm). Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap
tangkai daun. Tangkai daun tersusun secara “spiral”,
sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan
pada paksi batang. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak
seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk
merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan
kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka,
kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik,
antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal,
antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia
tongkat ali yang penting dalam industri ialah;
eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol
(quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat
lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki.
Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia)
yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras
testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi
kelelakian). |
|