|
Nama Botani |
Polyathia Bulata |
|
Nama Lain |
Tongkat Ali Hitam, Tongkat Ali Baginda,
Sepelih Angin |
|
Famili |
Annonaceae |
|
Pengenalan |
Pokok
bersaiz kecil atau shrub ini boleh mencapai
ketinggian sehingga 2-3 m. Ranting muda
dilitupi dengan rambut atau bulu yang agak
jelas, berwarna keemasan. Daunnya ringkas,
berwarna hijau, berbentuk bujur panjang ('lanceolate'
atau 'oblanceolate') berukuran 30-35 cm
panjang dan 10-12 cm lebar. Di bahagian atas
permukaannya berkilat, mempuyai 25-40 pasang
urat dan dibahagian hujungnya tajam
('acute'). Tangkainyaberukuran 2-3 cm
panjang.
Bunganya
berwarna
krim (kelabu kemerahan) dengan 6 kelopak
yang panjang. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Tumbuhan ini digunakan secara tradisi
untuk menguatkan tenaga batin lelaki.
Air rebusan diminum sebagai tonik.
Selain daripada itu, tumbuhan ini
digunakan untuk menguatkan buah pinggang
dengan meminum air rebusannya secara
berterusan selama satu bulan. Tumbuhan
ini juga digunakan untuk merawat darah
tinggi dan kencing manis dengan
menghancurkan bunga, akar dan daun
sehingga menjadi serbuk lalu dimakan.
Salah satu kaedah yang biasa diamalkan
dalam penggunaanya bagi merawat
masalah
lemah tenaga batin ialah dengan
meminum secara berterusan air rebusan
akar P. bullata
yang
dicampur
dengan akar dedawai (Smilax
myosotiflora), itah tembaga (Smilax
calophylla), mentimun tikus (Cyclea
laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus
cyanocarpus).
|
|